BUKIT Aman sedang menyiasat video judi bertema Hari Raya yang dilaporkan mempromosikan perjudian dalam talian. Video berdurasi dua minit itu menjadi tular di media sosial pada Khamis dan ia ternyata mencetuskan kemarahan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: SKMM bertindak! Minta FB, Twitter, YouTube turunkan video iklan judi Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: Iklan judi Aidilfitri: Pendakwah bimbang perkara tak baik dinormalisasi, gesa tindakan segera - “Tetap haram, tak OK ‘dicucikan’ dengan ucapan Selamat Hari Raya” Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis menyiasat penerbit dan pelakon video tersebut. "Mereka akan dipanggil untuk disoal siasat. "Kami sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuk," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Polis juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam siasatan, tambahnya. Acryl Sani juga meminta orang ramai untuk tidak berkongsi atau menyebarkan video tersebut di media sosial kerana ia boleh menimbulkan keresahan orang ramai. "Kami berharap orang ramai akan bekerjasama dalam hal ini," katanya. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!