SELEPAS memohon maaf secara terbuka ekoran kontorversi membabitkan isu bantuan kepada penduduk di kawasan parlimennya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid memuat naik satu posting mengucapkan 'Terima Kasih' di laman Facebook. Bagaimanapun ucapan tersebut tidak disusuli sebarang kenyataan lanjut kepada siapa ia ditujukan. Dalam perkongsian berasingan di laman Facebook, Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengulas satu posting yang dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Rashidah Ismail berkaitan fitnah. ARTIKEL BERKAITAN: "Sudah 25 Tahun Saya Di Kuala Kangsar" - Mastura "Ye YB. Di dalam usaha kita membantu rakyat, inilah yang kita terpaksa harungi. Tapi yang pasti kebenaran itu pasti. Selamat berjuang YB Shida Ismail," tulisnya. Mastura terdahulu menjadi sasaran netizen susulan tindakannya memuat naik video serta kenyataan di laman Twitter, memaparkan penjelasan daripada sebuah keluarga berhubung dakwaaan tidak mendapat bantuan sehingga kelaparan. Menerusi posting tersebut, Mastura meminta orang ramai mendengar penjelasan daripada wanita bernama Kak Wati, di mana kisah kesempitan keluarganya diluahkan oleh seorang pemanggil di stesen radio Suria FM minggu lalu. Posting 'Terima kasih' yang dimuat naik oleh Mastura di laman Facebook. Dalam video temu bual yang disertakan bersama posting Mastura, Kak Wati menafikan dakwaan pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Din Kuala, konon keluarganya pernah terputus bekalan makanan sehingga anaknya kelaparan. "Dalam usaha kita semua membantu mereka alami kesulitan, malangnya ada pihak yang membuat cerita dan menyebarkan berita palsu tentang bantuan melalui temu ramah radio. "Kami sangat kesal dengan mereka yang mengambil kesempatan dalam perkara sebegini dan harap ianya tidak berulang lagi agar kita dapat terus membantu mereka yang benar memerlukan," tulisnya. Netizen turut mengaitkan nama pelakon, Mira Filzah yang juga menantu kepada Mastura. Susulan kenyataan tersebut, Mastura menerima kecaman teruk kerana dilihat seolah-olah cuba 'membersihkan' namanya. Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul turut tampil menegur wakil rakyat Umno itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Syed Saddiq, Mastura sepatutnya 'datang, bantu dan pergi', bukannya mengambil tindakan menemu bual keluarga yang berkenaan. Dalam ruangan komen di media sosial, netizen turut mengaitkan nama Mira Filzah yang juga menantu kepada Mastura. Jadikan ini sebagai pengajaran untuk berkhidmat dengan ikhlas. NETIZEN Menyedari dirinya menjadi sasaran, Mastura tidak lama kemudian membuat permohonan maaf dan mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran Covid-19. Sekalipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, ibu mentua Mira Filzah itu terus menerus menerima kecaman netizen. Permohonan maaf oleh Mastura selepas mendapat teguran dan kecaman ramai. "Dah buat baru minta maaf. Ya Allah kesiannya jadi orang miskin... dimalukan. Sedihnya rasa. "Sesama rakyat juga yang prihatin. Kalau kami tak suarakan kebimbangan kami, mungkin YB pun entah bantu ke tak. "Jadikan ini sebagai pengajaran untuk berkhidmat dengan ikhlas," demikian antara komen netizen. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!