suria

Sakit perut sampai kena batu karang, sekeluarga overdose selepas ambil vitamin C 2000mg sehari

Sekiranya anda tidak pasti, dapatkan nasihat atau saranan doktor tentang pengambilan vitamin C.

GARA-gara terpedaya dengan trend pengambilan vitamin C yang disangka boleh melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 akhirnya ‘memakan diri’ apabila sebuah keluarga mengambilnya secara berlebihan.

Nur Aqilah, 21 memberitahu mereka sekeluarga percaya akan mitos bahawa pengambilan vitamin C dapat membantu melindungi diri daripada wabak Covid 19.

ARTIKEL BERKAITAN : Menanti hari... Lengkap pakai PPE, Ebit Lew ziarah bapa tenat hidap barah perut tahap 4 - ”Maafkan Ebit tak dapat jaga di saat begini”

Menurut Aqilah, mereka sekeluarga mula mengamalkan pil vitamin C itu sewaktu pandemik. Lebih mengejutkan apabila label produk tersebut menyarankan untuk mengambil sebanyak dua biji sehari bersamaan 2000 miligram (mg) setiap hari.

Disebabkan itu, selepas beberapa bulan ayah Aqilah mengalami sakit perut yang teruk dan lemah secara tiba-tiba.

1123334

Nur Aqilah akui mudah terpedaya dengan trend pengambilan vitamin C pada waktu pandemik

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Doktor memberitahu Aqilah sekeluarga overdose dalam pengambilan vitamin C dan disebabkan itu ayahnya mendapat penyakit batu karang.

Selepas seminggu di wad bagi mengeluarkan batu karang tersebut, dia berasa lega apabila selesai pembedahan ayahnya.

“Nasihat saya, sekiranya ingin mengambil sesuatu, kita perlu ada ilmu dan rujukan supaya tidak berlaku apa-apa pada tempoh akan datang, ’’ katanya.-Sinar Harian

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

semasa, vitamin c, trend, sakit perut, viral,

Artikel Lain