suria

Menanti hari... Lengkap pakai PPE, Ebit Lew ziarah bapa tenat hidap barah perut tahap 4 - ”Maafkan Ebit tak dapat jaga di saat begini”

Ebit menziarahi bapanya yang tenat di hospital lengkap mengenakan PPE kerana masih dalam tempoh kuarantin.

UMUM mengetahui bapa kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sedang dirawat di hospital kerana kesihatannya semakin merosot sejak bulan lalu.

Malah Ebit kerap kali membuat hantaran di laman sosial berkongsi situasi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew..

Dalam perkongsian terbaharunya, Ebit yang sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gaza bergegas menziarahi bapanya yang tenat, siap dengan mengenakan sut kelengkapan pelindung diri (PPE).

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... bapa Ebit tenat, masih sempat minta anaknya sempurnakan kerja - “InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Ebit Lew sedih lihat air mata bapa menahan sakit, terus doakan semua dapat ziarah orang tua tercinta – “Berat ujian berjauhan mak ayah”

Dalam perkongsian tersebut juga, Ebit memaklumkan bahawa bapa kesayangannya yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap kanser perut tahap empat.

"Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

"Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif. Terima kasih KKM, " tulisnya.

Dalam nada berbaur sebak, Ebit meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat bersama-sama di samping bapanya ketika ini kerana masih berada dalam tempoh kuarantin.

ebit 1

Ebit sering membuat perkongsian mengenai keadaan kesihatan bapanya di laman sosial.

"Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye, "tulisnya.

Jelas sedang bersedih, Ebit dalam masa yang sama turut memohon agar rakyat Malaysia mendoakan bapanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pohon doakan buat ayah saya ye.

"Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini.

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH

"Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.

"Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah, " tulisnya lagi.

Sementara itu ruangan komen pada perkongsian Ebit di Instagram dibanjiri dengan doa dan kata-kata semangat netizen agar pendakwah tersebut tabah menghadapi ujian.

ebit 2

Sebelum berangkat ke Gaza, Ebit sempat menemani bapanya di hospital.

"Bertabah dan kuat kan semangat ustaz.

"Allahuakhbar. Besar ujian ustaz. Moga Allah permudahkan urusan ustaz.

"Semoga yang baik-baik buat keluarga ustaz, semoga ayah ustaz diberikan kesembuhan, " demikian antara komen netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain