suria

Pelajar boleh hadir tanpa pakaian seragam ke sekolah

Pelajar tidak diwajibkan memakai pakaian seragam sebaliknya boleh memilih pakaian yang bersesuaian dan sopan. Gambar hiasan

PELAJAR yang bakal kembali mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka mulai 3 Oktober ini tidak diwajibkan memakai pakaian seragam ke sekolah, ujar Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurut beliau, para pelajar sebaliknya boleh memilih untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesi persekolahan 2021 dilanjutkan, murid akan ‘naik kelas’ pada Mac 2022

"Kita sedar bila buka sekolah mungkin baju dah ketat sebab lama berada di rumah, maka oleh demikian murid dibenarkan memakai pakaian sesuai, kemas dan sopan, sekiranya seragam tidak lagi sesuai dipakai.

"Ini kerana semangat kita untuk membawa anak-anak kembali ke sekolah, bukan nak denda mereka, seboleh-bolehnya dapat kembali ke sekolah," katanya dalam sidang akhbar pada Ahad.

Terdahulu, Dr Radzi mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan dilakukan secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober.

Menurutnya, kapasiti kehadiran murid ke sekolah ditetapkan 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Ujarnya, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19 manakala 50 peratus lagi akan membuat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Langkah itu juga bagi memudahkan pengawalan murid dan guru dalam mematuhi prosedur operasi standar (SOP) ditetapkan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain