suria

Kebenaran rentas negeri dimuktamadkan dalam 3 minggu - Hishammuddin

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempercepatkan program immunisasi untuk memastikan sasaran 90 peratus penduduk dewasa telah mendapat vaksin dapat dicapai dalam tempoh tiga minggu.

KEBENARAN untuk rentas negeri dijangka dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

ARTIKEL BERKAITAN: Kes harian Covid-19 kembali menurun

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sumpah laknat, dakwa anak kemurungan akibat gangguan seksual pendakwah terkenal

Menteri Kanan (Petahanan) itu berkata kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempercepatkan program immunisasi untuk memastikan sasaran 90 peratus penduduk dewasa telah mendapat vaksin dapat dicapai dalam tempoh tiga minggu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sempadan negeri akan dibuka apabila kita mencapai sasaran 90 peratus (penduduk dewasa) telah lengkap divaksinasi.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kita dapat mencapai sasaran 90 peratus tersebut secepat mungkin.

"Ini termasuk mengatur gerak lebih banyak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu KKM memberi vaksin kepada masyarakat di kawasan pendalaman.," katanya.

Dia ditemui ketika melawat kem Ulu Tiram di Johor Baru pada hari Sabtu.

Tambahnya, kerajaan juga akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard apabila negara mencapai sasaran 90 peratus penduduk dewasa yang telah menerima vaksin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain