suria

2.8 peratus lagi sebelum rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri

Sebanyak 87.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap.

HANYA 2.8 peratus lagi diperlukan sebelum rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri.

Berkongsi status terkini Covid-19 dan vaksinasi di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini 87.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap.

ARTIKEL BERKENAAN: Angka Covid-19 akhirnya turun bawah 10,000 kes

ARTIKEL BERKENAAN: Empat peratus lagi untuk benarkan rentas negeri, KJ beri peringatan

Populasi dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos berada pada tahap 94.3 peratus, katanya.

Sementara itu berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web CovidNow, keseluruhan populasi dewasa di Malaysia dijangka sudah menerima suntikan lengkap pada 26 Oktober atau dalam tempoh 23 hari lagi.

Populasi keseluruhan yang menerima dos lengkap pula berada pada tahap 62.8 peratus.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain