BUKAN sahaja balik kampung, rakyat Malaysia juga bakal dibenarkan untuk melancong ke luar negara apabila Malaysia mencapai tahap 90 peratus populasi dewasa yang telah menerima vaksinasi. Perkara ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam program bual bicara Ekslusif bersama Perdana Menteri #Keluarga Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: 2.8 peratus lagi sebelum rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri ARTIKEL BERKAITAN: Tidak dapat dihubungi sejak Sabtu, pembantu Zolkples Embong minta bantuan polis Katanya, buat masa ini hanya mereka yang ingin ke luar negara bagi tujuan perniagaan, sambung belajar atau berjumpa dengan pasangan dibenarkan. "Bila 90 peratus program vaksinasi telah tercapai kita akan membenarkan rakyat ke luar negara tanpa perlu mohon MyTravelPass. "Maknanya MyTravelPass tidak akan digunakan apabila program vaksinasi kita mencapai 90 peratus daripada penduduk keseluruhan yang mana seperti saya katakan tadi mungkin tidak lama lagi," katanya dalam program buat bicara pertama semenjak dia diangkat menjadi perdana menteri pada bulan Ogos lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI