suria

130,000 remaja wanita B40 terima agihan tuala wanita tiap bulan

130 juta remaja wanita akan terima kit asas kebersihan termasuk tuala wanita.

REMAJA wanita dari keluarga B40 bakal menerima kit asas kebersihan diri setiap bulan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata usaha ini diambil berikutan isu kemiskinan haid atau period poverty dalam negara ini yang dikatakan berada pada tahap membimbangkan.

"Aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.

"Timbalan saya, YB Paya Besar dalam sebuah sesi libat urus telah mengenal pasti satu isu serius.

"Dianggarkan 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan.

"Oleh itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40," katanya dalam ucapan Bajet 2020 pada jumaat.

Selain itu kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga akan diteruskan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak NGO.

Sementara itu, Zafrul juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM11 juta sebagai subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tingga dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain