suria

Banjir: Semua Giant di Lembah Klang akan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak

Salah sebuah giant di Shah Alam banjir.

SEMUA kedai Giant di Lembah Klang akan ditutup sementara mulai 7 malam pada Sabtu (18 Dis) sehingga diberitahu kelak berikutan banjir kilat yang melanda kawasan itu.

“Kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan kami tetap menjadi keutamaan, dan kami berharap semua orang kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

"Kami berterima kasih atas pemahaman anda dan kami kesal atas sebarang kesulitan yang timbul," kata rangkaian pasar raya itu dalam catatan Facebook pada hari Sabtu (18 Dis).

Giant Malaysia berkata tarikh pembukaan semula dan kemas kini akan dikongsi di laman Facebook rasminya.

Terdahulu, video menunjukkan kedai Giant, dipercayai di Shah Alam, dinaiki air, tular di media sosial.

Dalam video itu, air dari banjir kilat telah memasuki pasar raya, termasuk lorong membeli-belah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

shah alam, banjir, giant

Artikel Berikut

Artikel Lain