suria

Banjir: LHDN benarkan tangguh bayaran cukai

LHDN memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan terjejas akibat banjir.

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat banjir.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Atas dasar keprihatinan LHDN terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir, penangguhan bayaran cukai adalah dibenarkan seperti tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) bagi Disember 2021 dilanjutkan hingga 31 Januari 2022.

"Manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil bagi Januari 2022 ditangguhkan hingga Februari 2022," katanya.

Menurut LHDN, tarikh akhir bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember ini pula dilanjutkan untuk diremit hingga 31 Januari depan berserta bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan hingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.

"Pembayar cukai dan majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran itu melalui e-mel, [email protected] dan melalui borang maklum balas yang boleh dicapai di portal rasmi LHDN.

"Dokumen yang perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan kepada merit kes," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada LHDN melalui talian 'Live Chat' dan borang maklum balas di portal rasmi, atau hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (luar negara).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain