PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,897 kes baharu, pada Selasa. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,746,833 kes setakat ini. Kes baharu itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 2,757 kes harian pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia rekod 2,757 kes baharu Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow. Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI