PENGURUSAN Masjid Al Islahiah di Kuang menyerahkan kepada peguam berhubung isu video tular memandikan seorang remaja mengikut prosedur mandi jenazah. Setakat ini, tiada permohonan maaf dilakukan pihak pengurusan masjid kepada remaja terbabit, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19,. Nazir masjid berkenaan, Supandi Samin berpandangan, remaja terbabit yang perlu berbuat demikian kepada pengurusan masjid berkenaan kerana kesalahan menceroboh. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja curi tabung masjid: Hukuman penjara, denda digantikan dengan khidmat masyarakat ARTIKEL BERKAITAN: Ibu remaja curi tabung masjid akui khilaf didik, besarkan anak "Pada pandangan saya, di sini ada dua isu, satu remaja itu datang menceroboh, jadi siapa yang patut minta maaf, adakah masjid yang kena minta maaf, dia datang ke tempat kita. "Isu kedua, berkenaan video tular, yang itu kami tak boleh buat apa-apa. Sebab kami pun ada peguam, dan peguam sudah nasihati kami, jadi peguam akan uruskan. "Kami hanya mahu Allah permudahkan urusan kami, itu sahaja," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan agar ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka pada Selasa. Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Shah Alam menyarankan AJK masjid dan pihak yang menularkan video berkenaan seorang remaja dimandikan seperti jenazah membuat permohonan maaf secara terbuka. Hakim Datuk Abd Halim Aman dilaporkan berkata, pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan perlu bertindak sedemikian sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan. - Sinar Harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI