PARA pengamal media kini sedang berkumpul di Institut Jantung Negara (IJN) susulan perkembangan terbaharu mengatakan bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan semula ke pusat rawatan tersebut. Dikhabarkan, Dr Mahathir ketika ini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU). ARTIKEL BERKAITAN: Tun M dibenar keluar IJN Pasukan komunikasi Dr Mahathir berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi enggan mengulas lanjut. Negarawan berusia 96 tahun itu baru-baru ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari, selepas dimasukkan pada 7 Januari. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI