POLIS menjalankan siasatan terhadap penemuan objek logam yang didakwa kelihatan seperti serpihan badan pesawat, di Desaru pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima laporan daripada orang ramai mengenai penemuan itu pada Ahad. "Objek tersebut ditemui oleh seorang pekerja resort berhampiran pantai di kawasan itu. "Buat masa ini, kita masih menyiasat perkara tersebut. "Kita juga sedang berusaha untuk mengetahui sama ada objek yang ditemui itu ada kaitan dengan bahagian pesawat, kapal dan komponen lain," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, objek berkenaan ditemui kira-kira pukul 6 petang Jumaat. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI