suria

Nak bercuti, balik kampung? Rancang perjalanan anda sempena cuti Tahun Baru Cina supaya tak stres memandu

RAMAI warga kota akan menggunakan lebuh raya untuk pulang ke kampung atau pun bercuti bersama keluarga.

MENJELANG perayaan Tahun Baru Cina, pasti ramai yang ingin menggunakan kesempatan dengan sebaiknya untuk pulang ke desa tercinta, atau bercuti bersama keluarga setelah kerajaan berikan kelonggaran untuk menyambut perayaan tersebut.

Dianggarkan sebanyak 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan bakal menyumbang kepada peningkatan jumlah trafik setiap hari sepanjang cuti perayaan. Demikian itu, berikut adalah nasihat yang boleh diikuti untuk perjalanan yang lancar hingga tiba di destinasi yang hendak dituju.

Pihak PLUS telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang boleh membantu pengguna untuk merancang perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke bandar, bermula 28 Januari hingga 6 Februari 2022.

rfid 2

Cadangan waktu perjalanan sempena sambutan Tahun Baru Cina oleh PLUS.

Jumlah petugas di plaza tol turut ditambah 5.5 peratus iaitu sebanyak 1,520 kakitangan berbanding hari biasa.

RFID 8

Pusat Pemasangan RFID baru kini beroperasi di Shell Jalan Duta dan Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan).

Keselamatan, kesenangan dan keselesaan pengguna adalah keutamaan PLUS. Kalau masih belum pasang tag TnG RFID, tunggu apa lagi? Cepat, dapatkan tag HARI INI di 24 lokasi Pusat Pemasangan RFID di sepanjang lebuh raya PLUS.

Terkini, terdapat dua tambahan Pusat Pemasangan RFID terbaharu di Shell Jalan Duta ke arah Kuala Lumpur dan Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan).

Anda juga boleh terima 1,000 Bonus Mata Ganjaran PLUSMiles jika daftar dan pasang tag TnG RFID di dua lokasi tersebut.

Tidak hanya itu, PLUS juga prihatin atas setiap permasalahan yang berlaku sepanjang proses membudayakan TnG RFID di lebuh raya.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag Touch ‘n Go RFID jika pengguna mengalami masalah pengesanan di lorong MyRFID.

Lazimnya sesuatu yang baru akan mendapat pelbagai pandangan berbeza, bagaimanapun sebaiknya kekal berwaspada terhadap kenyataan rasmi dan ambil kira manfaat jangka masa panjang untuk kesejahteraan bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain