SEJAK Isnin, heboh di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan dua ekor 'dinosaur' menaiki sebuah lori di Jambatan Pulau Pinang. Warga Pulau Mutiara pastinya terkejut apabila melihat haiwan prasejarah yang dikenali sebagai T-Rex itu diangkut ke The Top Komtar dan ditempatkan di tempat tarikan terbaharu di pulau itu, Kelibat dua ekor T-Rex itu mengejutkan pengguna jalan raya dengan ramai yang menjenguk keluar dari tingkap kereta masing-masing untuk menyaksikan haiwan berkenaan lebih dekat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Pengarah Operasi Top@Komtar, Kevin Lai, dinosaur berkenaan adalah gimik promosi syarikat tersebut. "Kami membawa dinosaur menaiki lori bagi mempromosikan tarikan di The Top sekitar pukul 11 pagi Isnin (31 Januari). "Tujuan utamanya adalah untuk menularkan gambar atau video dinosaur yersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang," katanya. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI