INDIVIDU bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR).Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin individu tersebut seharusnya menganggap diri mereka positif Covid-19 walaupun tanpa pengesahan ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM)."Jalani segera ujian Covid-19 sekiranya bergejala dan muat naik keputusan sama ada positif atau negatif ke MySejahtera."Individu positif Covid-19 kategori 1 (tiada gejala) dan 2A (gejala ringan) serta tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)," ujarnya dalam sidang media, Isnin.Menurut Khairy pesakit perlu melakukan pemantauan kendiri setiap hari melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.Tambahnya, SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan dihantar sekiranya mereka tidak menjalankan pemantauan kendiri melalui MySejahtera.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, individu yang perlu hadir ke CAC terdekat untuk penilaian tahap keterukan jangkitan akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapati di https://covid19.moh.gov.my/hotline)."Manakala individu yang positif Covid-19 kategori 2B (bergejala sederhana dan ke atas) atau yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai komorbid, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada PKD/CAC. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI