suria

Foto tular: Gara-gara baki e-wallet tak cukup, 2 lorong RFID sesak

Lorong RFID sesak disebabkan terdapat beberapa pelanggan tidak mempunyai baki mencukupi.

KECOH di media sosial baru-baru ini yang mengatakan berlaku kesesakan di dua lorong RFID di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Susulan insiden berkenaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuat siasatan secara menyeluruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai boleh pilih mod pembayaran digital di tol tidak lama lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak! Gara-gara ‘kenduri kahwin terakhir’, 9 beradik bawa anak isteri berkhemah dalam rumah mak ayah... tidur lambak dah biasa!

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang cuba melalui lorong RFID tidak mempunyai baki e-wallet mencukupi.

Justeru, PLUS memohon maaf atas kesulitan itu dan mengambil langkah segera bagi membantu pelanggan yang menghadapi masalah agar tidak menghalang laluan pelanggan lain.

"Untuk pengalaman perjalanan yang lancar, pelanggan lebuh raya RFID diingatkan supaya sentiasa menyemak e-Wallet dan kad Touch 'n Go bagi memastikan baki yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

Gambar RFID sesak yang tular  baru-baru ini.

Gambar kesesakan di lorong RFID baru-baru ini.

"Tiga pilihan pembayaran disediakan oleh Touch n’ Go, iaitu RFID, kad Touch n' Go dan SmartTAG untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan di lebuh raya," katanya.

Pada 21 Februari lalu, seorang pelayar Twitter memuat naik gambar dan ciapan yang menyatakan ketidakcekapan berlaku di RFID.

"Perfect picture of how inefficient RFID lanes are," tulisnya menerusi satu ciapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

RFID, sesak, tol duta, tidak cukup baki

Artikel Lain