USAHAWAN kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap lelaki di negara ini, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Ini kerana, katanya maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah untuk menentukan jantina yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita. ARTIKEL BERKAITAN: “Terasa seperti baru dilahirkan semula” - Sajat dakwa berjaya daftar status tukar jantina ARTIKEL BERKAITAN: Lelongan gagal! Pembida harta Sajat hilangkan diri selepas keluar ambil duit RM132,000 "Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya," katanya kepada pemberita pada Rabu di Putrajaya. Sebelum ini, Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya mendakwa beliau sudah berjaya menukar status jantinanya kepada wanita di Australia. Dia turut meluahkan rasa bangga dengan diri sendiri dan mahu diterima secara baik oleh orang ramai selain turut menyatakan rasa lebih bebas serta boleh jadi diri sebenar. Untuk rekod, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasakan tidak selamat tinggal di Malaysia. Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. - Sinar harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI