VIDEO tular seorang budak lelaki berusia 12 tahun, yang dilihat meminta bantuan di medan selera kerana mendakwa ibunya cuba membunuhnya, adalah salah faham. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak itu dimarahi ibunya sebelum ini kerana bertengkar dengan seorang adik dan melarikan diri ke medan selera. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik terkejut! Salang Sayang Resort ‘diserang’ calon SPM 2021 selepas jadi topik ujian mendengar, apa sebenarnya berlaku? ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah nak cari duit beli food truck! Wanita ini terpaksa repair kek ‘kemalangan’ depan pelanggan, mujur lori tak remuk "Kejadian berlaku di medan selera di Kota Damansara kira-kira jam 8 malam Jumaat (25 Februari). "Kami menerima laporan bahawa budak lelaki itu didakwa didera ibunya dan kami membawanya ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Katanya, siasatan mendapati wujud perselisihan faham antara budak lelaki itu dan ibunya selepas dia bertengkar dengan adiknya sebelum ini. "Bapa budak itu datang ke balai polis dan membuat laporan berhubung kejadian itu. "Walaupun tiada tanda penderaan, budak lelaki itu dihantar ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. ACP Mohamad Fakhrudin berkata polis akan menyiasat lebih lanjut jika budak itu menjadi mangsa perbuatan jenayah. "Kami menggesa saksi tampil membantu siasatan. Orang ramai juga harus mengelak daripada menyebarkan video itu,” katanya. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI