suria

Polis tidak siasat Rohana buat masa ini, kata Bukit Aman

Dilaporkan SPRM merekodkan keterangan Rohana susulan pendedahan Leissner.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan buat masa ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata, polis akan menunggu perkembangan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum menentukan sebarang tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal 1MDB: Rohana menghadap SPRM, 9 jam rekod keterangan

ARTIKEL BERKAITAN: Dihalang buat transaksi... SPRM arah beku aset, akaun Rohana

"Setakat ini, kita belum menerima maklumat mengenai perkara itu.

"Jika ada bukti yang memerlukan kita siasat, kita akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan agensi penguatkuasaan dan Pejabat Peguam Negara di Georgetown, Selasa.

Dilaporkan, SPRM memanggil Rohana untuk merekodkan keterangannya pada 24 Februari.

Ia susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat, berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta).

Minggu lalu, aset dan akaun bank milik Rohana dibekukan menerusi perintah yang dikeluarkan oleh SPRM, selepas Leissner mendakwa rumah itu dibeli menggunakan wang daripada 1MDB. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain