suria

Hilang kawalan ketika membelok, remaja 17 tahun maut kereta dinaiki langgar pokok

Seorang remaja maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas.

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh sebatang pokok di Jalan Air Hitam di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa yang merupakan pelajar sekolah tahfiz di Sungai Dua dikatakan dalam perjalanan ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Suami Nur Hasliza terkenangkan kebaikan isteri, "arwah tak pernah merungut walau letih"... akui gelisah tiap malam disoal anak usia 3 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Toyota Hilux hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan, 4 individu dalam Hyundai Starex maut

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati kereta itu dalam perjalanan dari arah Guar Petai menghala ke Sungai Dua sebelum pemandunya hilang kawalan ketika membelok ke kanan dan merempuh pokok di sebelah kanan jalan," katanya.

ACP Radzi berkata pemandu kereta itu dan tiga lagi penumpang di tempat duduk belakang terselamat daripada kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata enam anggota bomba dari balai bomba Kepala Batas dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

“Apabila anggota bomba tiba, mereka melihat salah seorang mangsa di tempat duduk belakang kereta itu tersepit. Anggota bomba menggunakan alat menyelamat untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Operasi tamat kira-kira jam 9.30 pagi Selasa. The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain