KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2021. Jumlah pembayaran dividen adalah RM50.5 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.3 bilion bagi Simpanan Syariah. Secara keseluruhan, jumlah pembayaran dividen bagi 2021 sebanyak RM56.8 bilion. Tahun lalu, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.2 peratus untuk Simpanan Konvensional 2020 dan 4.9 peratus untuk Simpanan Syariah 2020. Sedekad lalu menyaksikan pembayaran dividen KWSP untuk Simpanan Konvensional sebanyak 5.8 peratus pada 2010 diikuti 6 peratus (2011), 6.15 peratus (2012), 6.35 peratus (2013), 6.75 peratus (2014), 6.4 peratus (2015), 5.7 peratus (2016), 6.9 peratus (2017), 6.15 peratus (2018), 5.45 peratus (2019) dan 5.2 peratus (2020). Bagi Simpanan Syariah, ia mencatatkan dividen sebanyak 6.4 peratus pada 2017, 5.9 peratus (2018), 5 peratus (2019) dan 4.9 peratus pada tahun lepas (2020). - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI