suria

Diskaun 15 peratus barangan American Tourister eksklusif buat pembaca Majoriti

Chung Eng Lee (kiri) bersama Ambert Khoo (kanan) menunjukkan replika produk masing-masing sebagai simbolik kerjasama.

SALAH satu cara untuk orang ramai menyegarkan diri dan menenangkan fikiran adalah dengan melancong.

Oleh itu, American Tourister mengambil peluang ini dengan menawarkan diskaun eksklusif untuk pembaca Majoriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembaca Majoriti berbelanja di Secret Recipe dapat diskaun 15 peratus

Jenama pelancongan yang dipercayai dan terkenal di peringkat antarabangsa, American Tourister bekerjasama dengan Majoriti untuk memberikan kaki travel diskaun tambahan 15 peratus untuk produk bertaraf dunia ini.

“Semakin ramai orang melancong dalam negara atau memilih percutian secara inap setempat di negara ini. Jadi cara yang lebih baik memulakan percutian mereka adalah dengan mempunyai peralatan terbaik yang sesuai dengan gaya pelancongan mereka.

"Kolaborasi dengan rakan kongsi ini datang tepat pada masanya di mana Majoriti dan American Tourister menawarkan diskaun ini kepada mereka yang berkeinginan untuk melancong sebagai alasan menaik taraf bagasi mereka,” kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.

Menurut Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo, American Tourister sentiasa memikirkan cara yang boleh mengembangkan produk supaya pengguna lebih teruja.

Begitu juga dengan Majoriti yang sentiasa berusaha untuk membawa berita paling menarik dan terkini kepada pembaca.

“Kami melihat sinergi antara Majoriti dan American Tourister. Komitmen jenama ini adalah menawarkan pelbagai pilihan produk gaya hidup perjalanan yang bergaya, berkualiti tinggi dan mampu milik – bagasi, beg galas, beg dan aksesori perjalanan untuk semua jenis perjalanan.

“Kami percaya kerjasama dengan Majoriti akan memberikan nilai tambah kepada pelanggan dan menjangkau lebih ramai orang,” kata Ambert.

Sejak penubuhannya oleh Sol Koffler pada tahun 1933, American Tourister telah berkembang menjadi salah satu jenama yang paling dipercayai dan diiktiraf dengan warisan yang menjangkau lebih daripada 80 tahun.

Komitmen jenama ini adalah dengan menawarkan jaminan bagasi yang tahan lama dan mampu milik bermula pada tahun 1930-an dan berterusan sehingga kini.

Dengan pemerolehannya oleh Samsonite, American Tourister meneruskan tradisinya dalam menggabungkan kualiti dan reka bentuk unggul dengan nilai hebat, menawarkan pelbagai pilihan peralatan perjalanan untuk semua orang.

Majoriti, portal berita Bahasa Malaysia baru memberi fokus dalam menyediakan laporan mengenai hal ehwal semasa dan sentiasa memberi nilai tambah kepada pelanggan bersama rakan kongsi strategiknya.

Tampil dengan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang penyediaan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti giat bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mengembangkan tawaran masing-masing.

Rakan kongsi sedia ada termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial, Aeon Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Bhd, hotel di bawah IOI Properties Group Bhd dan banyak lagi yang akan diumumkan kelak.

Bagaimanapun, diskaun tidak termasuk untuk aksesori perjalanan dan tawaran tidak boleh digabungkan dengan keistimewaan kad lain, promosi, tawaran atau program kesetiaan pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti atau untuk melanggan, layari majoriti.com.my

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain