suria

Doktor, bomba bertungkus-lumus keluarkan lidah kanak-kanak tersangkut corong botol minuman

Doktor dan bomba membantu mengeluarkan lidah kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang tersangkut pada corong botol minuman.

SEORANG kanak-kanak lelaki melalui detik mencemaskan apabila lidahnya tersangkut pada corong botol minuman, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Ranau untuk mengeluarkan corong botol minuman tersebut, sebelum kakitangan hospital menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tengok betul-betul, jari kelingkingnya dah tinggal separuh” - Awas, pintu gril ada bahaya tersembunyi, kanak-kanak ini hancur semua urat!

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata kejadian berlaku apabila kanak-kanak berusia enam tahun itu sedang meminum air dari botol minuman, namun tidak jelas bagaimana lidahnya tersangkut.

"Kami menerima panggilan daripada hospital mengenai perkara itu kira-kira jam 2.49 petang, dan anggota dikejarkan ke hospital untuk membantu," katanya ketika dihubungi pada Selasa (12 April).

Ridwan berkata anggota bomba pada mulanya ingin memotong botol minuman tersebut, tetapi prosedut tersebut agak berisiko.

"Anggota bomba kemudian memotong dan menanggalkan objek itu menggunakan peralatan khas," kata Ridwan.

Beliau berkata prosedur itu berjaya dilakukan kurang daripada sejam dan kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain