suria

Memang ‘deep’! Lukisan beruk, katak ‘bersidang’ dalam Dewan Rakyat tarik perhatian Sultan Selangor, siap beli untuk bilik bacaan

Sultan Sharafuddin di samping karya lukisan yang dibeli baginda. Foto: Facebook Selangor Royal Office

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli sebuah lukisan selepas karya 'unik' itu menarik perhatian baginda.

Selangor Royal Office dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin berhasrat untuk menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda.

"Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan," tulis menerusi posting, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Sharafuddin berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus, bakal ditempatkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

Beberapa keping gambar karya lukisan berkenaan turut dimuat naik.

Selain itu, Sultan Sharafuddin turut bergambar di samping lukisan berkenaan.

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian netizen kerana karya yang dibeli baginda dilihat mempunyai makna tersirat.

lukisan 2

Lukisan penuh makna tersirat yang memaparkan situasi dalam Dewan Rakyat.

Lukisan berkenaan menggambarkan suasana di dalam Dewan Rakyat di Parlimen, dengan bahagian tengahnya memaparkan individu dipercayai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah imej di kiri dan kanan 'Dewan Rakyat' yang kebiasaannya diduduki oleh wakil rakyat, namun dipenuhi sekumpulan orang hutan, beruk dan katak.

Realitinya begitulah Tuanku. Sangat bersyukur jika Tuanku dan kami rakyat jelata sependapat dangan hasil karya tersebut.

NETIZEN

Kesemua haiwan berkenaan digambarkan dengan pelbagai reaksi seperti bertelagah, ketawa dan tidak terkawal.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai tafsiran terhadap karya berkenaan.

"Jangan dilelong kelak Tuanku, moga Tuanku serahkan pada Muzium Negara untuk tatapan generasi akan datang.

lukisan 3

Sultan Sharafuddin merenung karya lukisan yang menghantar makna penuh mendalam.

"Deep Tuanku. Realitinya begitulah Tuanku. Sangat bersyukur jika Tuanku dan kami rakyat jelata sependapat dangan hasil karya tersebut. Ampun Tuanku.

"Daulat Tuanku. Junjung kasih. Tuanku amat perihatin dan mengerti isi hati rakyat," demikian antara komen netizen.

Posting di laman Facebook Selangor Royal Office itu meraih lebih 1,000 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain