SEORANG pemandu ditemukan rentung dalam kejadian sebuah kereta Proton Wira yang terbakar awal pagi Isnin di Kampung Taman Jaya Jempol di Negeri Sembilan. Pemangku Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dengan tujuh anggota. "Kami mengambil masa 15 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut. Bagaimanapun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang mangsa rentung di bahagian tempat duduk pemandu," katanya pada Isnin. Jelasnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu. - Sinar Harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI