suria

Berita baik! Bayaran pengeluaran khas KWSP RM10,000 bermula esok, awal dua hari

Tengku Zafrul berkongsi berita baik berkenaan menerusi platform media sosialnya pada Ahad.

BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak diawalkan dua hari.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pembayaran akan mula dibuat bermula esok (18 April), dua hari lebih awal berbanding tarikh diumumkan sebelum ini iaitu pada 20 April.

Tengku Zafrul berkongsi berita baik berkenaan menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 5.3 juta permohonan pengeluaran khas diterima KWSP

"Ramai yang message dan komen dalam media sosial saya, 'YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?'

"Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Beliau turut berharap agar pengeluaran berkenaan akan menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang lebih bermakna.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain