SETIAP tahun, pasti ramai yang ternanti-nanti iklan atau video sempena sambutan Aidilfitri. Sama seperti syarikat korporat lain, Agrobank juga tidak ketinggalan melancarkan video Aidilfitri bagi menyemarakkan lagi sambutan lebaran tahun ini. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pada tahun ini mereka tampil dengan 'Pesan Atuk', sebuah video yang mengekalkan konsep kasih sayang kekeluargaan di samping menghantar mesej kelestarian jaminan bekalan makanan negara. ARTIKEL BERKAITAN: Agrobank bersama mStar kongsi nikmat Ramadan... Hargai penuntut UPM, seru tingkat prestasi "Pastinya Aidilfitri pada tahun ini sangat meriah tambahan pula sudah dua tahun kita tidak dapat pulang ke kampung halaman, untuk beraya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. "Namun, dalam keterujaan kita untuk menyambut Aidilfitiri, kami di Agrobank berasa terpanggil untuk menyuntik pesanan penuh makna ini akan kepentingan kelestarian sektor pertanian negara serta menghargai usaha para petani, penternak dan nelayan (agropreneur) di Malaysia dalam memastikan kita mempunyai makanan untuk dinikmati bersama keluarga tercinta setiap hari khususnya menjelangAidilfitri ini," katanya. 'Pesan Atuk' berkisahkan tentang seorang cucu yang mengimbau memori zaman kanak-kanaknya bersama Atuknya yang bekerja sebagai seorang petani dan pengusaha sawah padi. Video Aidilfitri ini masih mengekalkan konsep kasih sayang kekeluargaan namun sangat padat dengan mesej kelestarian jaminan bekalan makanan negara di mana pentingnya untuk generasi muda meneruskan legasi sektor pertanian dan agro makanan. Tambah Tengku Ahmad Badli Shah, pemilihan tema tersebut juga adalah bagi mengangkat 'martabat' para agroprenuer yang sebenarnya merupakan 'nadi' dalam sektor bekalan makanan negara namun sering kali dilupakan. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin. "Kadangkala kita terlupa bahawa para agropreneur ini merupakan wira yang tidak didendang, yang bekerja tanpa mengenal erti lelah agar tahap sara diri (SSL) negara yang lebih baik dapat dipertingkatkan demi untuk memastikan jaminan bekalan makanan negara kekal mencukupi untuk dinikmati bersama. "Justeru kami berharap video Aidilfitri yang dikaryakan khas buat usahawan tani sektor pertanian dan agro makanan negara ini dapat dijadikan simbolik tanda penghargaan kami di Agrobank dan seluruh warga masyarakat. “Kami menghargai usaha dan kecekalan mereka dalam meningkatkan kemampanan sektor pertanian dan agro makanan negara," katanya. Dalam masa yang sama, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, menerusi video tersebut Agrobank berharap lebih ramai generasi muda tampil menceburi sektor pertanian dan agro makanan negara. Dalam masa sama mengetengahkan inovasi terkini serta menyuntik elemen teknologi dalam perniagaan berasaskan pertanian agar usaha untuk berbudi kepada tanah serta produktiviti hasil pertanian terus dipertingkatkan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI