suria

Seludup beras Siam demi upah RM10! Seorang lelaki ditahan, rampasan bernilai RM11,000

Proton Saga miliknya dipenuhi kampit beras Siam seludup.

DEMI upah RM10 bagi setiap kampit, seorang lelaki sanggup menyeludup beras siam dari negara jiran yang dipercayai untuk dipasarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan semasa melalui sekatan jalan raya Banggol Kong Rantau Panjang di Kelantan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah seludup mercun! Seorang lelaki ditahan di rumahnya, mercun bernilai RM20,745 dirampas

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi seludup emas 291 gram dalam rambut palsu, penumpang ditahan di lapangan terbang

Penahanan lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu membawa kepada rampasan 1,125 kilogram (kg) beras siam pelbagai jenama dipercayai diseludup pada jam 4.30 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 225kg beras pulut.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan itu termasuk kereta yang digunakan bagi tujuan penyeludupan dianggarkan berjumlah RM11,075.

"Hasil soal siasat awal suspek menerima upah sebanyak RM10 bagi setiap satu kampit beras seludup yang dibawa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua beras seludup dari negara jiran itu untuk pasaran di sekitar kawasan Melor, Kota Bharu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Azhari berkata, kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan sebelum diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang merupakan Pegawai Pemerintah Medan berkata, sebelum itu sebanyak 1,200kg beras seludup berjaya dirampas di Kampung Teluk Jering, Tumpat. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain