suria

Pelajar UUM ditemui mati dalam bilik asrama, disyaki terkena renjatan elektrik

Proses bedah siasat terhadap mangsa dijalankan bagi mengetahui punca kematian. Gambar hiasan

SEORANG pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemui mati di dalam bilik asramanya, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Puncanya alat pemanas air! Kes suami isteri maut terkena renjatan elektrik bikin ramai trauma... wireman kongsi tip, siap buat demo!

"Kami tidak membuat kesimpulan kematian mangsa akibat renjatan elektrik kerana laporan forensik masih belum selesai," katanya.

Mangsa, Vinosiny Sivakumar, 21, yang merupakan seorang pelajar tahun dua perakaunan, ditemui mati di bilik asramanya pada Isnin.

Sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube mendakwa mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

Sementara itu, UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Vinosiny.

UUM berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

"Sebagai tanda keprihatinan, UUM akan meringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa," kata UUM dalam satu kenyataan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain