suria

Pelajar tahfiz umur 13 tahun dakwa diliwat senior, lari dari sekolah sebab tak tahan

Keluarga mangsa telah membuat laporan polis.

SEORANG pelajar sekolah tahfiz berusia 13 tahun mendakwa diliwat seorang senior dalam tempoh kira-kira dua tahun.

Menurut laporan Sinar Harian pada Selasa, ibu mangsa berkata, anak sulung daripada tiga beradik lelaki itu tidak pernah bersuara mengenai dakwaan serangan seksual sebelum ini kerana takut dipukul penyerangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelayan restoran joging bersendirian jadi mangsa liwat bergilir-gilir, pemandu dan kelindan lori ditahan

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, ia terbongkar apabila anaknya melarikan diri dari sekolah selepas tidak tahan lagi dengan serangan tersebut.

“Saya diberitahu pada Rabu lalu oleh kakak ipar bahawa anak saya lari dari sekolah.

“Apabila saya bertanya kepada anak saya mengapa dia melakukannya, dia memberitahu saya dia tidak tahan diliwat oleh pelajar senior itu... Ia telah berlaku sejak 2020.

“Dia juga mendakwa dua rakannya dibuli oleh senior berkenaan, menyebabkan mereka turut melarikan diri dari sekolah,” tambahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kes itu dan berkata keluarga mangsa telah membuat laporan polis. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain