SEORANG remaja lelaki yang berusia 19 tahun tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik setelah kawasan Giat Mara Sekinchan di Selangor dinaiki air setinggi 0.5 meter. Dia yang juga pelajar di institusi kemahiran berkenaan bagaimanapun pulih dan dilaporkan hanya cedera akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UUM ditemui mati dalam bilik asrama, disyaki terkena renjatan elektrik ARTIKEL BERKAITAN: Renjatan elektrik: Lelaki maut cuba kendali wayar hidup Difahamkan semasa kejadian, mangsa memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru pada jam 2.08 petang. "Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikerah dalam operasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu. "Mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut. "Kami telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan meminta pihak pengurusan premis menutup semua bekalan elektrik," katanya. Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan dan keadaan kembali terkawal. "Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.45 petang tadi (Rabu)," katanya. - Sinar Harian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI