suria

Ringan beban... balu pemain PJ City terima RM3,555 sebulan daripada Perkeso

Subahan (dua, kanan) menyerahkan bantuan kepada keluarga mendiang Rajes.

RINGAN beban keluarga balu kepada pemain pertahanan pasukan bola sepak PJ City, mendiang Rajes Perumal selepas menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Balunya, Komathy Samudramu, 36, menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM).

Caruman dan mendiang melayakkan balu dan anak-anaknya menerima FOT sebanyak RM3,555 sebulan. Mereka turut menerima bayaran FPM RM2,000 sekali bayar.

Rajes meninggal dunia akibat kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani sesi latihan bola sepak, Isnin lalu.

Kedua-dua faedah itu diserahkan oleh Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal kepada isteri mendiang di kediamannya di Batu Caves, Selangor pada Jumaat.

"Kunjungan kami untuk memberi penghormatan kepada mendiang Rajes kerana dia adalah individu yang amat baik dan juga telah banyak berjasa kepada dunia bola sepak negara.

"Untuk pengurusan pengebumian, kami daripada Perkeso telah pun memberikan sebanyak RM2,000 ke dalam akaun isteri mendiang.

2

Keluarga mendoakan mendiang Rajes.

"Keluarga mendiang juga akan menerima RM3,555 setiap bulan. Balu mendiang akan menerima bahagiannya dalam FOT untuk sepanjang hayat.

"Anak mendiang pula akan mendapat bahagian mereka dalam FOT sehingga berumur 21 tahun dan jika mereka menyambung pengajian, pembayaran faedah itu akan diteruskan oleh Perkeso," kata beliau.

Walau bagaimanapun, pembayaran faedah akan dihentikan jika anak-anak itu berkahwin sebelum umur 21 tahun.

Dalam pada itu, Subahan turut mengingatkan semua organisasi dan majikan agar membuat caruman untuk pekerja mereka di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

"Ini kerana perkara yang tidak diduga akan berlaku, life is short orang kata, hidup ini tidak menentu.

3

Subahan menasihatkan orang ramai lebih cakna untuk membuat caruman di bawah Perkeso.

"Maka dengan adanya caruman ini, nasib keluarga yang ditinggalkan akan lebih terjamin jika berlaku sesuatu," pesan beliau.

FOT dan FPM adalah antara faedah dalam Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta 4.

Isteri mendiang, Komathy Samudramu ketika ditemui berkata, dia benar-benar tidak menyangka pemergian suaminya terlalu cepat.

4

Keluarga mendiang masih berduka, namun reda dengan ujian ini.

Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur dengan pemberian bantuan Perkeso menerusi tindakan proaktif Skuad Perkeso Prihatin yang mempercepatkan pemprosesan faedah, sekali gus membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

"Saya adalah suri rumah. Memang agak susah nak jaga tiga anak sekarang dengan keadaan macam ini.

"Bantuan Perkeso ini amat saya perlukan sebab saya pun tak kerja. Saya tak ada pendapatan apa-apa.

"Rancangan saya selepas ini saya nak besarkan lagi perniagaan kecil-kecilan yang ada secara online terlebih dulu. Ada juga pendapatan sampingan selain dari Perkeso," luahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain