suria

Wanita rentung, kereta dipandu terbabit nahas di lebuh raya MEX

Keadaan kereta yang dipandu mangsa terbakar 100 peratus. Foto: JBPM KL

SEORANG wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur -Putrajaya (MEX) pada pagi Sabtu (22 Oktober).

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Abdurrahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.14 pagi.

"Seramai 17 anggota bomba dan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dari Balai Bomba Bukit Jalil dan Pudu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Suami meraung lihat isteri terbakar dalam kereta, bomba kata mangsa tersepit sampai rentung... “Allahuakbar... bini saya bang!”

Difahamkan, dua buah kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.

Pemandu sebuah lagi kenderaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan manakala kereta mangsa musnah sama sekali.

"Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu," kata Khairuddin sambil menambah, empat penumpang lain yang menaiki kereta bersama mangsa sempat menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan.

Tambahnya, kes itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain