suria

Didakwa promosi LGBT, Anwar tuntut ganti rugi RM5 juta, permohonan maaf daripada pesuruhjaya PAS Perak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut permohonan maaf daripada Razman Zakaria. Foto: Muhamad Shahril Rosli/The Star.

DATUK Seri Anwar Ibrahim menuntut permohonan maaf daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung kenyataannya pada ceramah yang mendakwa Ketua Pembangkang itu akan mempromosikan agenda LGBT.

Dalam surat tuntutan (LOD) yang dihantar melalui firma guaman SN Nair & Partners pada Selasa (8 November), Anwar juga menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi kerana mencemarkan reputasinya, berserta kos guaman.

Surat tuntutan berkenaan berkata dakwaan oleh Razman adalah 'pelik dan tidak masuk akal'.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil sokong Anwar Ibrahim jadi PM ke-10, netizen berbalah siapa paling layak... “Tiba waktunya, jangan lupa mengundi”

"Ini dikira berniat jahat untuk memburuk-burukkan reputasinya (Anwar) ketika kempen pilihan raya umum sedang berlangsung," katanya.

Dakwaan Razman dikatakan telah disiarkan di akaun Facebooknya dan diterbitkan oleh Malaysiakini.

Perkara tersebut, kata Anwar, telah menyebabkan reputasinya terjejas teruk kerana catatan Facebook Razman telah menarik lebih 43,500 tontonan, 1,000 komen, 3,100 reaksi dan 256 perkongsian pada masa surat tuntutan dihantar.

Anwar berkata kenyataan Razman itu bermaksud atau memberi bayangan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli parlimen, menipu, pengkhianat, munafik dan bukan Islam yang baik, antara lainnya.

Presiden PKR itu menuntut Razman membuat permohonan maaf tanpa syarat dan jaminan bertulis bahawa dia tidak akan mengulangi dakwaan itu dalam apa jua bentuk, dan jika gagal tindakan undang-undang akan diambil.

Dalam surat surat tuntutan itu, Anwar memberi tempoh tujuh hari kepada Razman yang juga bekas Adun Gunung Semanggol itu untuk menjawab dakwaannya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain