suria

PRU15: Pulau Pinang pula umum cuti khas 18 November

Pulau Pinang mengumumkan cuti khas pada 18 November.

KERAJAAN negeri Pulau Pinang mengisytiharkan 18 November sehari sebelum hari pengundian, sebagai cuti khas.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat sempena hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Selangor isytihar 18 November sebagai cuti umum

"Cuti khas ini adalah untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada rakyat bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan juga mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di negeri masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain