SEORANG bayi berusia lebih setahun yang dihempap sebatang pokok ru yang tumbang di Pantai Puteri di Melaka, meninggal dunia. Berita sedih itu dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi, pada awal pagi Ahad. "Saya menerima berita daripada Hospital Melaka bahawa adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan meninggal dunia pada 1.30 pagi Ahad. "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini," tulisnya, pada Ahad. Ketika kejadian, bayi berkenaan didukung oleh ibunya ketika keluarga dari Bangi, Selangor itu berkelah di tepi pantai pada Sabtu. Sebatang pokok tumbang menghempap dua beranak itu pada pukul 6.30 petang. Dilaporkan, ibu dan bayi tersembam ke pasir dan menyebabkan bayi berkenaan mengalami masalah sesak nafas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI