suria

3 beranak terselamat banglo ditimpa tanah runtuh, dapur dan bilik tidur rosak

Keadaan sebuah banglo yang ditimpa tanah runtuh, awal pagi tadi.

KEJADIAN tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang yang berlaku awal pagi Selasa, mengakibatkan dapur dan bilik tidur sebuah banglo mengalami kerosakan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan seawal pukul 2.26 pagi.

Norazam berkata, sejurus tiba, anggota bomba menyiasat semua tingkat dan bilik di kediaman tersebut bagi memastikan semua penghuni dipindahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi tanah runtuh: Mangsa keempat dan kelima terkorban

Penghuni banglo tersebut yang merupakan sepasang suami isteri berumur 39 tahun dan anak mereka yang berumur 11 tahun selamat dan dipindahkan keluar dari kediaman tersebut selepas kejadian.

"Kejadian tanah runtuh tersebut telah menjejaskan kira-kira 65-meter persegi rumah banglo tersebut. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," kata Norazam dalam satu kenyataan.

Norazam menambah, Majlis Perbandaran Ampang akan menjalankan tindakan selanjutnya susulan kejadian terbabit. – The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain