CALON Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia pada Rabu. Khabar mengenai kematian mantan Ahli Parlimen Padang Serai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan pada Rabu petang. "Kali terakhir kami bertemu adalah pada 14 November lalu, di atas pentas ceramah di Kulim. Mendiang telah memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan Pengerusi Pakatan Harapan. "Mewakili seluruh keluarga besar Keadilan dan Pakatan Harapan, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Pemergian mendiang satu kehilangan besar kepada parti dan perjuangan Reformasi," ujarnya dalam kenyataan itu. Punca kematian bagaimanapun masih belum diketahui. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI