suria

Helah tak menjadi! Bagi alasan bincang tugasan universiti, 2 bakal doktor gigi dicekup berkhalwat di hotel

Pasangan berkenaan memberi alasan sedang berbincang tugasan universiti ekoran lewat membuka pintu bilik. Gambar hiasan

HELAH dua penuntut jurusan pergigian sebuah universiti awam kononnya lewat membuka pintu bilik kerana sedang berbincang mengenai tugasan, 'tidak menjadi' apabila mereka dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Bakar Arang, Sungai Petani.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan bakal bergelar doktor gigi berusia 20-an itu ditahan pada Rabu dalam Operasi Khas Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) bermula antara 12 tengah malam hingga 3 pagi, selepas menerima aduan awam.

Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi berduaan di hotel bajet, isteri orang-duda dicekup khalwat

"Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel selepas hampir 30 minit mengetuk pintu.

"Siasatan mendapati penuntut wanita berasal dari Taiping, Perak, manakala pasangannya berasal dari Selangor, malah mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain