MENJELANG pecutan akhir tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai isu panas yang diketengahkan dan dibangkitkan oleh netizen di media sosial. Sudah tentu isu kredibiliti dan 'track record' calon yang bertanding menjadi antara tumpuan utama. Namun tidak kurang juga personaliti calon ketika turun berkempen mendekati rakyat turut diperhatikan dan diperkatakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara nama pemimpin yang 'trending' dan menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini. Antara hantaran yang tular di media sosial. Mana tidaknya, calon bagi Parlimen Tambun, Perak itu dirakam 'turun' ke kawasannya bukan sekadar menaiki kenderaan mewah, tetapi turut menggunakan sebuah helikopter! Beberapa video yang memaparkan ketua pembangkang itu ligat berkempen ke serata pelosok negara dengan menggunakan helikopter turut tular. Justeru kecoh di media sosial dengan pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan netizen mengenai perkara berkenaan, malah ada yang turut melontarkan hantaran berbaur sindiran dan mempertikaikan gaya 'mewah' Anwar. Hantaran yang mendakwa helikopter yang digunakan Anwar adalah milik Westar. "Depa kata Bang Non (Anwar) tak mahu gaji. Nak potong gaji, dulu ambil gaji seringgit ja. Tapi bulih (boleh) baik helikopter ni kira hebat la. Hasil duit pencen agaknya... husnuzon la kita. "Wow, belum lagi jadi PM dah naik heli. Nanti katanya jadi PM tak nak ambil gaji. Banyak duit naik heli. Mana dapat?" demikian antara hantaran yang tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ingatkan makcik jual jeruk pelam” - Netizen kesian tengok Zuraida, kempen sampai ke tengah jalan nak raih undi ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bendera BN jadi gaun meleret, panji PAS macam kimono... Netizen pesan jangan seksi-seksi jahit busana hijau putih! Namun menerusi satu perkongsian di sebuah akaun Facebook, dikhabarkan helikopter yang digunakan oleh Presiden PKR itu untuk urusan berkempen adalah kepunyaan jutawan yang juga pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat dinyatakan sama ada helikopter tersebut ditaja khas untuk kegunaan kempen Anwar ataupun disewakan. Waktu sesak lebih baik Datuk Seri Anwar Ibrahim naik helikopter. Sempat dia pergi banyak tempat. NETIZEN Tidak kurang juga ada netizen yang melihat perkara tersebut bukanlah satu isu besar memandangkan jadual Anwar sebagai calon dan pemimpin utama terlalu padat sepanjang tempoh berkempen yang memerlukannya bergerak pantas. "Waktu sesak lebih baik Datuk Seri Anwar Ibrahim naik helikopter. Sempat dia pergi banyak tempat. "Senang nak berkempen... cuba bayangkan kalau jam ke, jalan banjir ke. Macam mana nak buat road tour?" demikian antara komen netizen. Reaksi netizen terhadap perkongsian yang tular di media sosial. Untuk rekod, Anwar sendiri dalam ceramahnya di Padang Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berkata, bagi membolehkan dia tiba di lokasi dengan pantas untuk berkempen, ia memerlukannya menggunakan helikopter. "Kalau tidak, saya tidak akan sampai ke destinasi saya. Tetapi saya tidak 'mencuri' wang," ujar Anwar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI