PENGURUSAN tapak perkhemahan, Father's Organic Farm menzahirkan simpati kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor di mana setakat ini meragut 24 nyawa dan sembilan lagi masih hilang. Menerusi hantaran di Facebook, Father’s Organic Farm turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa. "Kami dengan rendah hati, menzahirkan simpati dengan semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember. "Bencana tidak mengira mangsa. Hati kami sentiasa bersama anda. Moga yang terkorban dapat berehat dengan tenang. "Ucapan takziah yang tulus kepada semua keluarga, doakan kepada mereka yang terselamat dan cedera untuk pulih serta terus menjaga diri," menurut satu kenyataan pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh Batang Kali: Sayu nenek hilang 4 ahli keluarga termasuk 2 cucu sekelip mata Pada masa sama, Father's Organic Farm turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa. Ini merupakan pertama kali Father's Organic Farm membuat kenyataan secara terbuka berhubung tragedi tanah runtuh. Seramai 61 mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI