suria

Tanah runtuh Batang Kali: Polis rakam keterangan pengusaha tapak perkhemahan, 2 pekerja

Suffian memaklumkan perkembangan insiden tanah runtuh Batang Kali. foto AZHAR MAHFOF/The Star

POLIS selesai merakamkan keterangan tiga individu termasuk pengusaha tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang menjadi lokasi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, keterangan ketiga-tiga mereka direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, petang Sabtu.

"Tiga individu itu terdiri daripada seorang pengusaha iaitu lelaki tempatan berusia 50-an, manakala dua lagi adalah pekerja berusia 20-an.

"Kita juga tidak menolak emungkinan akan memanggil individu lain untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh Batang Kali: Suasana hiba di hospital, ahli keluarga hadir untuk tuntut mayat mangsa

Sementara itu, polis meminta waris, ahli keluarga atau rakan kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi itu untuk hadir ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan pengecaman mayat.

Setakat tengah hari Ahad, enam mayat masih berada di hospital masih belum dituntut waris.

"Penekanan kita adalah memohon waris, keluarga atau rakan agar ke Hospital Sungai Buloh untuk pengecaman mayat bagi memudahkan urusan tuntutan.

"Di sana (hospital) juga menempatkan pasukan khas bagi urusan dokumentasi dan lain-lain," kata Suffian. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain