suria

Tawaran diskaun 50 peratus saman trafik! Ketahui 9 kesalahan tak dapat pengurangan

Orang ramai yang mempunyai saman trafik boleh mendapat diskaun 50 peratus mulai 10 sehingga 12 Januari.

POLIS menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman trafik terpilih selama tiga hari mulai Selasa (10 Januari).

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur baru-baru ini, yang memaklumkan tawaran itu akan berlangsung sehingga 12 Januari.

Menurut hantaran tersebut, pembayaran boleh dibuat di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur.

Tempoh pembayaran bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang sepanjang tempoh tiga hari tersebut.

Mereka yang dikeluarkan saman yang ingin membayar melalui aplikasi MyBayar Saman juga perlu hadir sendiri di balai berkenaan untuk mengimbas kod bar diskaun.

Saman yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di luar Kuala Lumpur juga layak untuk tawaran diskaun berkenaan.

Diskaun 50 peratus untuk semua jenis saman trafik kecuali seperti berikut.

saman trafik

Bagaimanapun, kesalahan lalu lintas berikut adalah tidak layak untuk mendapat diskaun:

1. Kesalahan tidak boleh kompaun (NC).

2. Kesalahan status perbicaraan.

3. Kesalahan berkaitan kenderaan berat.

4. Kesalahan pengubahsuaian ekzos.

5. Kesalahan memotong secara bahaya (potong Q)

6. Kemalangan.

7. Kesalahan potong di garisan berkembar.

8. Kesalahan lorong kecemasan.

9. Kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah.

Maklumat lanjut boleh layari Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain