suria

Anggota polis disiasat gara-gara benarkan rakan pegang, ‘posing’ dengan senjata api

Gambar memaparkan seorang lelaki bergambar sambil memegang senjata api tular di media sosial.

SEORANG anggota polis akan disiasat susulan tindakannya membenarkan rakannya yang merupakan orang awam memegang dan bergambar dengan senjata api miliknya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis mengesan gambar yang dimuat naik di Twitter yang menggunakan akaun @evvok, memaparkan seorang lelaki memakai uniform polis sambil menghisap rokok, manakala orang awam di sebelahnya memegang senjata api.

"Siasatan mendapati lelaki berpakaian seragam itu bertugas di Balai Polis Johor Jaya manakala seorang lagi yang memegang HK-MP5 adalah rakannya.

"Gambar itu diambil oleh rakan mereka pada Rabu (11 Jan) jam 2.43 pagi di hadapan Balai Polis Johor Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Kedah jamin siasatan telus kes rogol remaja babitkan Inspektor

"Anggota polis itu sedang bertugas membuat pengawalan ketika gambar itu diambil. Ketiga-tiga mereka berusia 25 tahun dan tujuan gambar itu adalah untuk kenang-kenangan tetapi ia telah dimuat naik di media sosial," katanya pada Khamis.

Tambah Mohd Sohaimi, tindakan anggota polis itu membenarkan orang awam memegang senjata api semasa menjalankan tugas adalah satu kesalahan dan dia telah melakukan pelanggaran disiplin.

Tambahnya, siasatan lanjut telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Tindakan terhadap anggota berkenaan boleh diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain