suria

Kembang tekak! Nasi kukus dah nak licin, baru perasan makan lauk tikus

Nasi kukus didakwa dimakan bersama lauk tikus membuatkan ramai loya tekak.

TAK pernah terfikir lauk ayam yang dimakan sebenarnya kepala tikus!

Seorang pelanggan yang selesai menjamu selera di sebuah restoran nasi kukus 'kembang tekak' apabila meneliti apa yang telah dimakannya.

Isu melibatkan kebersihan restoran sejak kebelakangan ini nampaknya semakin menjadi-jadi dan 'lauk kepala tikus' ini hanya menambah kebimbangan pelanggan.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, dapat diperhatikan bagaimana pelanggan di restoran tersebut sedang menggaul baki nasi di atas kertas pembungkus bersama lauk yang didakwa sebagai tikus.

Bagaimanapun tikus itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana sudah bersalut kuah, tetapi dapat dilihat bulu panjang seperti misai dalam video yang dikongsi selain teksturnya nampak kenyal ketika disentuh pelanggan itu.

Rata-rata netizen tertanya-tanya bagaimana pelanggan itu tidak sedar adanya benda asing itu di dalam makanannya.

Menerusi ruangan kapsyen dalam hantaran asal di TikTok, video itu difahamkan dirakam di sebuah restoran nasi kukus di Sabah.

Pemilik video itu juga mendakwa restoran terbabit telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik, meloyakan! Pekerja restoran mamak selamba gaul ayam atas jalan tar... patutlah resipi lebih sedap, ‘tapak kasut’ pun ada

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran... Awas, KKM akan ambil tindakan!

Netizen meminta maklumat yang lebih jelas daripada individu yang berkongsi posting tersebut agar dapat dijadikan peringatan untuk kedai makan lain dan pelanggan tidak pergi ke restoran itu.

"Ya Allah, teruknya kedai ni kat mana ni.

"Admin tolong bagi maklumat yang lebih jelas.

"Dekat mana ni tolong la beritahu supaya boleh elak," kata sebilangan warga maya.

Seorang warga maya juga membuat tekaan dengan mengatakan mungkin tikus itu terjatuh ke dalam kawah masakan tanpa pengetahuan pemilik atau tukang masak restoran.

"Mungkin tikus jatuh dalam lauk atau ada yang sabotaj tak mustahil," ujar warga maya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain