suria

Vios remuk dihempap serpihan binaan

Kereta jenis Toyota Vios remuk dihempap serpihan binaan. Foto: Media sosial

SEBUAH kereta jenis Toyota Vios remuk selepas ditimpa serpihan binaan yang dipercayai terjatuh dari kren di sebuah projek pembinaan.

Menerusi video orang awam yang dikongsikan di media sosial, kelihatan kereta berkenaan remuk pada bahagian bumbung dan sebelah kanan, manakala serpihan binaan masih berada di sebelah kenderaan itu.

Bagaimana menurut maklumat yang dikongsikan orang awam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok tumbang akibat angin kencang, 12 kereta rosak kena hempap

Difahamkan, kejadian berlaku di hadapan Wisma Central, Jalan Ampang, pada Jumaat.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai insiden berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak kontraktor kerana dibimbangi kecuaian yang sama berulang dan mengancam nyawa pengguna jalan berhampiran.

Tidak kurang juga, ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib pemilik kereta berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Vios, remuk, serpihan binaan, Jalan Ampang

Artikel Lain