suria

Sudah terbentang ‘red carpet’, Anwar tetap ‘humble’ jalan tepi... netizen kagum PM jalan penuh bertenaga

Anwar ketika lawatan ke Terengganu menjadi perhatian netizen.

SETIAP gerak-geri dan penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana-mana majlis mahupun acara sentiasa menjadi perhatian ramai.

Ini termasuklah ketika Anwar mengadakan lawatan ke Terengganu bagi menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Selain pertemuan yang bermakna itu, momen penampilan Anwar turut menjadi perhatian ramai menerusi video yang tular di laman sosial.

Dalam video berdurasi 11 saat yang dikongsikan oleh penggguna Twitter @ceksuhairi, menunjukkan Anwar berjalan di laluan yang disediakan permaidani merah, yang dijadikan sebagai sambutan istimewa kepada tetamu atau orang kenamaan dan golongan VIP.

Anwar menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun tidak berjalan di atas permaidani merah, sebaliknya beliau hanya melalui tepi laluan tersebut.

"Dah sediakan 'permaidani merah'. Tetapi @anwaribrahim tetapi Anwar Ibrahim," tulisnya dalam ciapan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Anwar, ambil gambar kejap" - Gelagat peminat cilik teruja jumpa PM cuit hati netizen, siap laung 'reformasi'!

Susulan itu, sikap merendah diri Perdana Menteri tersebut menjadi bualan netizen.

Bukan setakat itu, mereka turut memuji cara Anwar berjalan dengan begitu pantas dengan penuh bertenaga ketika usia beliau kini 75 tahun.

"Okay yang ini aku impressed.

"Berjalan laju ikut sunnah Rasulullah SAW dan elok untuk jantung.

"Suka cara anwar berjalan laju. Ingat lagi masa aku kecil lagi ayah aku train aku berjalan laju. Bila masuk universiti semua kenal aku dengan berjalan laju. Dalam satu hadis pun ada diceritakan Rasulullah berjalan laju," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain